Thursday, 3 September 2009

Tika dan saat ini

Tepat 8:25am...jam lonceng di telefon bimbit aku berdering menandakan masa untuk berbuka posa (ngok! mana ada orang buka posa 8:25am and I'm a Christian la...) Dengan mata yang agak kuyu tapi comel...aku mengerakkan badan perlahan-lahan untuk bangkit dari pertapaan aku dan terus menggapai tuala berhampiran lalu jalan 'anak-anak' menuju ke kamar mandi..di kamar mandi..aku sempat membuat pelaburan untuk hari ini..lega hatinya mampu membuat pelaburan setiap hari..hahaha...selesai sahaja tugas aku di kamar mandi aku kembali ke bilik dan berdandan...

Selang beberapa minit kemudian aku suda berada di dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Evergreen Hotel, Gurney....tepat pada pukul 9:03 aku membuat panggilan kepada pelanggan aku pagi itu...aku suda siap dan sedang menunggu kehadiran mu di hadapan lobby hotel....beberapa minit kemudian dia muncul dan kami bersalaman memperkenalkan diri masing-masing...fizikalnya agak sasa dan berbangsa cina berasal dari KL....kami kemudian berurus niaga dan aku di tinggal bersendirian di tengah-tengah kota Georgetown dengan sejumlah wang...terima kasih kerana urusniaga yang seronok...

Perjalanan balik aku menuju ke rumah terpaksa aku redahi dengan penuh tekun...sudah sekian agaknya aku tidak pernah lagi menggunakan perkhidmatan awam ini dan pagi ini, dengan bayaran urusniaga awal tadi menjadi bekalan untuk perjalan yang penuh dugaan...aku terpaksa meng'observe' gelagat-gelagat orang lain dan belajar melalui mereka...akhirnya selepas beberapa ketika menanti..perkhidmatan awam akhirnya siap sedia untuk berganjak dari posisinya...segalanya berjalan lancar dan aku dapati layanan perkhidmatan awam kini agak baik berbanding suatu ketika lalu...suasana agak aman dan nyaman...aku akhirnya tiba di perhentian yang sepatutnya dan meneruskan perjalan balik ke kediaman aku perlahan-lahan...sempat juga aku menapau sebungkus nasi ayam berhampiran tempat kediaman aku...

Tibanya aku di rumah kediaman aku...aku menarik nafas lega dan menjamah nasi ayam aku perlahan-lahan sambil menonton astro...agak letih juga pada pandangan aku kerana terpaksa melayan karenah pelanggan yang banyak songeh dan demanding...

Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu sayang...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

Ku ulangi pertemuan
Walau hanya ku mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri...


Aku tidak meng'expect' akan di perlaku sedemikian dan aku tidak mampu menyalahkan pelanggan aku....seperti kata orang, pelanggan selalunya betul..huhu...kali terakhir aku menggunakan perkhidmatan awam adalah 4 tahun lalu dan yang terbaru adalah 2 bulan lepas...aku melihat banyak perkembangan dan kemajuan...perjalanan dan detik masa aku habiskan bersama Rapid Penang memang memuaskan...mungkin suatu ketika nanti aku akan menghabis sedikit masa untuk bersama mu Rapid Penang...yang pasti, detik kita bersama lebih indah berbanding perkhidmatan awam 4 tahun lalu.....


*Want to get ready to work now...

6 comments:

BuDakHutaN said...

hahaha...bro wel.. cm tulis novel ni...uiks..lambat juga ko sahur..hehehe, musti awal sungkai juga ni

cLaiRe Bennet said...

napa lagi tu lagu gitu tu???? hehhehe...best ba sekali sekala naik bas...sy pun mau nanti... ;)

FrankieChan said...

Mimang la best naik bas time weekdays n time bukan peak hour...cua' ko p naik time cuti merdeka ari tu, ko kuar dr bas bau lipas sudah tu hahaha...neway byk kenangan mgunakan perkhidmatan awam ni...mcm2 tingkah laku org bulih tinguk...bah selamat berbuka puasa, wel dan selamat melakukan pelaburan bijak di Amanah Saham Jamban..heheh sekian.

PS: 3 ayat lagi sy tambah, sudah bulih jadi blog post.

Wel^Beiolman said...

BudakHutan..hehe..sahur mesti lambat supaya sungkai pun lambat jg..haha...

Claire....hehe..best ba tu lagu..antara my fav tu dulu2 bdk2..ehe...best jg la naik bus kalu kadang2..especially tidak ramai org..hehe..

Fchan..ehe...ko naik bus ka masa cuti merdeka..haha..tu masa bekeluaran semua tu org ba tu..haha..bau lipas macam mana rayner..haha..pelaburan bijak setiap hari ba tu..rugi kalu inda melabur..haha..ko kasi jadi post sja ba chan..haha..

sumpitz said...

wowww mcm penyanyi la wakakakak

Wel^Beiolman said...

Sumpitz..haha..macam kan..hahah..