Sunday, 20 July 2008

Diari hujung minggu..

Pos pada kali ini adalah dalam versi Bahasa Malaysia dan ini merupakan pos pertama saya dalam bahasa ibunda kita semenjak terbentuknya "Perlantikan Pusat Pertapaan" ini...sebagai menghormati tatasusila dan martabat bahasa ibunda kita..saya akan berusaha menulis mengikut tatabahasa dan struktur ayat dengan sebaiknya..sorry la kalau lintang pukang..bukan selalu menulis dalam BM ba..

Selepas dari sesi keramaian pada malam Jumaat yang lepas, badan saya agak keletihan dan lemah atau lebih tepat disebut 'kogutan' dalam bahasa ibunda Sabah...hari Sabtu banyak di habiskan berehat dan menonton beberapa disk filem (digital video disk)...dari 11 disk filem yang baru sahaja di beli pada petang Jumaat lepas, saya telah habis menonton 4 daripadanya bermula pada pukul 5 p.m pada hari tersebut..antara disk filem yang saya tonton termasuk Raja Perang (The Warlords), Patologi (Pathology), Cita-Cita Wanita Berambut Perang (Blonde Ambition) dan Persembahan (Rendition)..daripada keempat-empat filem ini, saya mengesyorkan filem Patologi (Pathology) untuk anda sekalian.Mengapa? Pertama, barisan pelakon yang agak menarik terdiri daripada Milo Ventimiglia (berlakon dalam siri cerita Heroes) dan Alyssa Milano (berlakon dalam siri cerita Charmed)..kedua, konsep cerita yang menarik berdasarkan ilmu kaji hayat..Milo merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Harvard tetapi perwatakan dirinya yang agak dingin terhadap beberapa rakan sejawat barunya menyebabkan rakan sejawatnya tidak mengemari beliau..kerana kebijaksanaan Milo dalam ilmu kaji hayat..beliau mampu menjelaskan beberapa perkara yang tidak mampu di jelaskan rakan sejawatnya dan ini mengundang niat dari rakan sejawatnya untuk mencabar kebijaksanaan beliau melalui kegiataan tambahan selepas waktu bekerja yang berupa permainan... setiap mereka di kehendaki menyediakan spesimen (mayat yang di bunuh mereka) untuk di jadikan bahan kajian..membongkar punca kematian spesimen..Milo terus dengan kebijaksanaannya berjaya membongkar setiap satu misteri yang di sediakan..malangnya permainan mereka ini membawa kepada dendam..perhubungan sulit antara Milo dengan salah seorang rakan sejawat wanitanya..tidak cukup dengan itu, perbalahan antara Milo menyebabkan tunangnya sendiri menjadi mangsa spesimen...ketiga, penyampaian cerita yang menarik melalui suasana tempat bekerja yang melibatkan mayat manusia dalam pelbagai keadaan mengerikan dan menjijikkan..

Pada hari Ahad, saya sekali lagi meneruskan hobi utama saya menonton filem sambil berehat dan menikmati kedinginan hujan di sepanjang hari..saya terjaga dari tidur agak awal dan terus sahaja memulakan hujung minggu dengan sesi menonton filem...sehingga ke saat ini, saya telah menonton 3 disk filem..filem-filem tersebut adalah Peperangan Milik Charlie Wilson (Charlie Wilson's War), Raja Terakhir Scotland (The Last King of Scotland), Tukang Pencacah Tatu (The Tattoist)..dari ketiga-tiga filem yang di tonton..saya agak tertarik dengan Peperangan Milik Charlie Wilson kerana filem ini berdasarkan kisah benar konflik kekejaman tentera Soviet Union terhadap rakyat Afghasnitan..selain filem ini, saya juga amat senang hati mengesyorkan filem Tukang Pencacah Tatu untuk tontonan anda...seperti tajuk filemnya, filem ini mengisahkan seorang tukang pencacah tatu yang mahir dan kematian akibat kecuaiannya..beliau dengan tidak sengaja telah mengundang kuasa ghaib melalui tatu yang di cacahnya..ekoran dari itu, mereka yang mendapat khidmatnya akan diserang oleh kuasa ghaib tersebut dan akhirnya menjadi korban...lebih kurang pada pukul 3 p.m Mr. Joel datang ke rumah dan mengajak untuk pergi menonton Lelaki Kelawar (Batman: The Dark Knight)...kami kemudian pergi ke Gurney Plaza dan berjaya menonton tanyangan pukul 6:30 p.m....habis sahaja menonton wayang, kami kemudian pergi ke Northam Food Court (berhadapan dengan Northam Tower di mana saya bekerja) untuk menikmati makan malam..saya gemar ke tempat ini kerana saya dapat menikmati makanan dari salah satu gerai makanan yang telah saya minati semenjak dari tahun 2002 lagi..gerai tersebut bergelar Little Philipines BBQ...saya amat tertarik dengan menu masakan mereka kerana mereka menyediakan kombinasi asia dan barat..sebagai contoh "BBQ Chicken Set" terdiri daripada nasi, ayam panggang bersos, sup dan salad..pendek kata..menu masakan mereka agak sihat dan seimbang dengan harga yang berpatutan..sekitar RM8.00 hingga RM13.00 setiap set..kenyang dengan makan malam, kami kembali ke pangkuan katil masing-masing...

Menarik juga menulis dalam Bahasa Malaysia..hehe..macam lain pula bila baca balik tau..aha..sekarang saya mahu meneruskan beberapa lagi disk filem yang belum di tonton..semoga anda sekalian mempunyai hujung minggu yang menarik..

19 comments:

Nayden79 said...

Haha...bulilah bahasa baku2 ko. Impressed. Sa kali ada juga terselit2 bahasa pasar tu sikit. Anyway, mcm syiok pula itu patologi, looking forward for that movie.. Happy monday!

Wel^Beiolman said...

Hi Madpie..aha..ok jg ka tu bahasa baku?amazing la..punya ganjil tu bila sya baca balik..haha..bukan lg mcm madpie..mimang syok tu patologi..hehe... Happy Monday juga.ehe..

ReNo said...

haha..silaka Wel. ko patut jadi cikgu BM ja ni..muahaha lawak la. Tp good try. Lain kali buat dalam bahasa dusun plak...rujukan: San, Kuai, ReNo..hehe

Wel^Beiolman said...

Reno..aha..cikgu BM?sya rasa tu la keja cikgu paling boring masa d sekolah..hehe.. dusun?inda mampu lg la..mau belajar lg baru buli tulis dalam dusun..haha..ko inda suru tulis dalam pilak pula..haha..

kuai said...

wah... buli tahan ko punya BM oo wel.. :) sa BM gagal.. BI pun gagal... LOL

kalo sa tulis dalam BM mesti pasar sabahan punya.. susah mau full BM.. kecuali d opis la.. (terpaksa) hehehe..

anyway.. sa The Last King of Scotland siok ka wel? sa suka yang parang2 bah.. lol

Wel^Beiolman said...

hi kuai..mengejek ko kan..mentang2 BM sia buruk..haha..sama sja ba kita..BM -BI pun buruk..haha..

The Last King of Scotland? buli la...not entirely perang ba tu..more to human rights...president amin yg kejam..cerita benar tu kunun...slow la..sampai 2 kali sambung sia tinguk tu..inda tahan sebab cerita inda complicated tp simple n slow..

Mell_f said...

alala,yg movie tu jgn la ko kasi nama melayu..aku merasa lucu membacanya..hihi

XiGorX said...

saya sungguh merasa bangga, kerana kamu boleh menulis dalam bahasa melayu yang sangat baik..struktur kata, tatabahasa, dan imbuhan ayat yang betul..hehehhee..nice one bro..I can't seriously..sa guna bahasa melayu pasar..istail sabahan..hehehe

Wel^Beiolman said...

hi melly..kalo ko p tinguk wayang ba..selalu ada translation BM dia kan tu tajuk..kira mcm tu la ba tu..haha..paling menarik perhatian sya tu tajuk Tukang Pencacah Tatu la..haha..

Hi Xigorx..aha..buli2 la sikit2 BM..kalu 1000 patah perkataan kali lintang pukang suda tu ayat..haha..buli tahan ah ko tau pasal imbuhan, tatabahasa n struktur..haha..tahap tadika sja tu xigorx..haha..

Vera said...

go and watch batman!

Joker is really amazing. freakin' amazing. that's my movie to watch this month :)

Wel^Beiolman said...

Vera...mcm ada ko miss ka ni..haha.ada atau ko kestau org lain ni..haha..sia p tinguk Batman sama si aguk la kemarin..hehe..

fie the elf said...

okay reading in bm gives me a headache...

but bm is not your bahasa ibunda bah kan. or are you a malay.

Wel^Beiolman said...

Fie..you're giving me headache la..do i look like a malay to you?Haha..and this is the first I read a comment or post from u that has "bah kan" wahaha..am not a malay baby fie...I'm a dusun-sino..mom(dusun+chinese) dad (pure dusun)..still I don't know how to speak chinese or dusun..ahaha..malay of course that a must language in Malaysia..ooOoOoOh my god fie..u need to learn BM when you come to KL la...or going back to sabah..I wonder why 1 thought I'm malay..another thought I'm chinese..another one again..thought am philipines..and once my lec thought I'm an exchange student from New Zealand..walawei..is my face that commercial..haha..

urang ranau said...

tukang pencacah tatu, hahaha mcm len2 ja bunyi dia kalau kena translate bhasa bm kan..anyway psl tuh Little Philipines BBQ, klu ko suka masakan pelipin..ko kawin ja la urg pelipin, cantik2 tau mcm muka yg pelakon pangako sayo tu..bkn yg gelap2 tuh..hehehe..

Mell_f said...

haha wel,kena pgil org NZ pula..sy pun penah kena fikir melayu n cina ba..silaka ni. siap sepiking cina lg sm sy,nasib jg sy faham. hihi..

Kalau sy dtg sjung lagi la..nda tau apa la org mau fikir sy ni. haha..

Vera said...

tapi mmg ganjil la post ko versi melayu ni..

btw, i alrdy bought pathology weeks ago bt it's still laying there. keke i will go and watch la k.

Wel^Beiolman said...

hi urangranau..haha..ko kasi cari la ba sia pelipin yg cun k..ahaha...ni la mau p philipine mau p melancong ni..manatau inda sengaja bawa balik 1..hehe...

Hi mell..well..i've seen ur pic yet..but i suppose u look mcm melayu la ni kan..hehe..kalu kana pikir cina..maka kulit inda hitam la ba tu..hehe..kalu d penang normal la kana cikap cina..hehe..keliling ingat ko cina sja..

hi vera....suda beli..better u watch la..nice tu..hehe..ada alysia milano mati n kana bedah n telanjang n kana trim lagi..hehehe..

Vera said...

budu ba ko ni kan... okay will update u once watched!

Wel^Beiolman said...

ahaha..mimang sia budu ba vera..ko inda tau ka..well..what's wrong with being budu....cheers!