Get cash from your website. Sign up as affiliate
Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Northam. Show all posts
Showing posts with label Northam. Show all posts

Sunday, 20 July 2008

Diari hujung minggu..

Pos pada kali ini adalah dalam versi Bahasa Malaysia dan ini merupakan pos pertama saya dalam bahasa ibunda kita semenjak terbentuknya "Perlantikan Pusat Pertapaan" ini...sebagai menghormati tatasusila dan martabat bahasa ibunda kita..saya akan berusaha menulis mengikut tatabahasa dan struktur ayat dengan sebaiknya..sorry la kalau lintang pukang..bukan selalu menulis dalam BM ba..

Selepas dari sesi keramaian pada malam Jumaat yang lepas, badan saya agak keletihan dan lemah atau lebih tepat disebut 'kogutan' dalam bahasa ibunda Sabah...hari Sabtu banyak di habiskan berehat dan menonton beberapa disk filem (digital video disk)...dari 11 disk filem yang baru sahaja di beli pada petang Jumaat lepas, saya telah habis menonton 4 daripadanya bermula pada pukul 5 p.m pada hari tersebut..antara disk filem yang saya tonton termasuk Raja Perang (The Warlords), Patologi (Pathology), Cita-Cita Wanita Berambut Perang (Blonde Ambition) dan Persembahan (Rendition)..daripada keempat-empat filem ini, saya mengesyorkan filem Patologi (Pathology) untuk anda sekalian.Mengapa? Pertama, barisan pelakon yang agak menarik terdiri daripada Milo Ventimiglia (berlakon dalam siri cerita Heroes) dan Alyssa Milano (berlakon dalam siri cerita Charmed)..kedua, konsep cerita yang menarik berdasarkan ilmu kaji hayat..Milo merupakan pelajar terbaik lepasan Universiti Harvard tetapi perwatakan dirinya yang agak dingin terhadap beberapa rakan sejawat barunya menyebabkan rakan sejawatnya tidak mengemari beliau..kerana kebijaksanaan Milo dalam ilmu kaji hayat..beliau mampu menjelaskan beberapa perkara yang tidak mampu di jelaskan rakan sejawatnya dan ini mengundang niat dari rakan sejawatnya untuk mencabar kebijaksanaan beliau melalui kegiataan tambahan selepas waktu bekerja yang berupa permainan... setiap mereka di kehendaki menyediakan spesimen (mayat yang di bunuh mereka) untuk di jadikan bahan kajian..membongkar punca kematian spesimen..Milo terus dengan kebijaksanaannya berjaya membongkar setiap satu misteri yang di sediakan..malangnya permainan mereka ini membawa kepada dendam..perhubungan sulit antara Milo dengan salah seorang rakan sejawat wanitanya..tidak cukup dengan itu, perbalahan antara Milo menyebabkan tunangnya sendiri menjadi mangsa spesimen...ketiga, penyampaian cerita yang menarik melalui suasana tempat bekerja yang melibatkan mayat manusia dalam pelbagai keadaan mengerikan dan menjijikkan..

Pada hari Ahad, saya sekali lagi meneruskan hobi utama saya menonton filem sambil berehat dan menikmati kedinginan hujan di sepanjang hari..saya terjaga dari tidur agak awal dan terus sahaja memulakan hujung minggu dengan sesi menonton filem...sehingga ke saat ini, saya telah menonton 3 disk filem..filem-filem tersebut adalah Peperangan Milik Charlie Wilson (Charlie Wilson's War), Raja Terakhir Scotland (The Last King of Scotland), Tukang Pencacah Tatu (The Tattoist)..dari ketiga-tiga filem yang di tonton..saya agak tertarik dengan Peperangan Milik Charlie Wilson kerana filem ini berdasarkan kisah benar konflik kekejaman tentera Soviet Union terhadap rakyat Afghasnitan..selain filem ini, saya juga amat senang hati mengesyorkan filem Tukang Pencacah Tatu untuk tontonan anda...seperti tajuk filemnya, filem ini mengisahkan seorang tukang pencacah tatu yang mahir dan kematian akibat kecuaiannya..beliau dengan tidak sengaja telah mengundang kuasa ghaib melalui tatu yang di cacahnya..ekoran dari itu, mereka yang mendapat khidmatnya akan diserang oleh kuasa ghaib tersebut dan akhirnya menjadi korban...lebih kurang pada pukul 3 p.m Mr. Joel datang ke rumah dan mengajak untuk pergi menonton Lelaki Kelawar (Batman: The Dark Knight)...kami kemudian pergi ke Gurney Plaza dan berjaya menonton tanyangan pukul 6:30 p.m....habis sahaja menonton wayang, kami kemudian pergi ke Northam Food Court (berhadapan dengan Northam Tower di mana saya bekerja) untuk menikmati makan malam..saya gemar ke tempat ini kerana saya dapat menikmati makanan dari salah satu gerai makanan yang telah saya minati semenjak dari tahun 2002 lagi..gerai tersebut bergelar Little Philipines BBQ...saya amat tertarik dengan menu masakan mereka kerana mereka menyediakan kombinasi asia dan barat..sebagai contoh "BBQ Chicken Set" terdiri daripada nasi, ayam panggang bersos, sup dan salad..pendek kata..menu masakan mereka agak sihat dan seimbang dengan harga yang berpatutan..sekitar RM8.00 hingga RM13.00 setiap set..kenyang dengan makan malam, kami kembali ke pangkuan katil masing-masing...

Menarik juga menulis dalam Bahasa Malaysia..hehe..macam lain pula bila baca balik tau..aha..sekarang saya mahu meneruskan beberapa lagi disk filem yang belum di tonton..semoga anda sekalian mempunyai hujung minggu yang menarik..