Saya berasa sangat penat hari (ahad) ini....
Hari ahad..tepat pukul 5:10 am, saya bangun seperti yang telah di rancang..saya, Jew dan Finella bergilir-gilir mandi...di mulakan dengan Finella, saya dan di ikuti oleh Jew....kami bertolak dari rumah kira-kira pada pukul 6:05 dan tiba di Penang International Sport Arena (PISA), tapak pendaftaran (garisan mula/akhir) bagi acara kebajikan "Penang Starwalk 2008", 20 minit kemudian...terdapat sangat ramai manusia pada pagi yang indah itu...dianggarkan sekitar 10,000 peserta telah menghadirkan diri dan melibatkan diri dalam acara berjalan kaki itu...jalan-jalan raya yang terlibat telah di tutup untuk kegunaan awam khas untuk menjayakan kelancaran acara ini..
Beberapa minit menanti...rakan-rakan lain (Frankie, Stella, Marilyn dan Henry) akhirnya tiba...Donny, seorang lagi rakan di jangka lewat kerana beliau akan datang selepas sahaja tamat waktu bekerja beliau...acara berjalan kaki tersebut akan di mulakan tepat pada pukul 7:00 am (kategori pertandingan) dan 7:15 am (kategori bukan pertandingan)...sambil menanti acara di mulakan, kami berborak dan meramal apa yang bakal berlaku bersertakan dengan beberapa lawak jenaka Sabah (seperti biasa orang sabah suka berlawak..haha) sedar tidak sedar..acara suda bermula....ramai peserta mula berpusu-pusu mengorak langkah mereka...kami dengan niat untuk mendapat tempat terbaik dalam acara tersebut turut mengorak langkah demi langkah....malangnya, strategi penyertaan tidak di rancang dengan begitu baik....kami mendapati, kedudukan pada ketika itu tidak dapat menjamin kesudahan yang baik berdasarkan jumlah manusia di hadapan kami yang sangat ramai...dan betapa jauhnya jarak kami dengan peserta yang berada di paling hadapan...namun begitu, usaha tetap di teruskan...saya, Jew dan Frankie bersama-sama menamatkan acara berjalan kaki 10 kilometer tersebut dengan lega dan berpuas hati...kami berjaya sampai ke garisan penamat di dalam masa yang di peruntukkan..10 kilometer selama 2 jam (kami melepasi garisan penamat dalam masa 1 jam 47 minit)...setibanya kami di garisan penamat, kami kemudiannya di berikan sekeping sijil (tidak bernama), kopun RM5 tajaan Nandos dan tiket bertuah dengan nombor siri untuk cabutan bertuah yang akan di lakukan semasa penyampaian hadiah kepada pemenang (berdasarkan teori, no. siri tersebut merupakan kedudukan anda di kalangan peserta yang berjaya tiba ke garisan penamat) ...saya telah di berikan tiket bertuah bernombor "04183".....

Courtesy from Jew
Di anggarkan jam suda melepasi 9:00 am (berdasarkan masa yang kami catatkan) termasuk lah masa untuk menanti ketibaan beberapa rakan kami yang lain...kami kemudian pergi ke kem-kem penaja untuk mendapatkan bekalan cecair menggantikan peluh yang tidak henti mengalir akibat keletihan..terdapat Milo, Sunqist, 100 Plus dan banyak lagi masing-masing membekalkan minuman percuma...kami kemudianya berehat dan berborak beberapa ketika di bawah teduhan pokok pinang (Pulau Pinang)...sambil bertemankan beberapa batang rokok sebagai bantuan pernafasan tambahan, dan seterusnya berpindah masuk ke dalam dewan stadium PISA....kami duduk dan sabar menanti di dalam dewan dengan harapan nombor siri tiket bertuah masing-masing akan di sebut sebagai pemenang cabutan bertuah, namum nasib langsung tidak menyebelahi kami...hadiah-hadiah tiket bertuah sangat menarik...5 buah motorsikal tajaan Suzuki, beberapa tiket penerbangan tempatan dan antarabangsa jajaan MAS, AirAsia, FireFly dan China Airlines...32" LCD TV, Set Audi Bunyi Rumah dan barangan elektrik tajaan Panasonic...beberapa biji telefon bimbit tajaan Digi dan banyak lagi hadiah menarik.....Courtesy from Jew
Keletihan di wajah kami tidak dapat di selindungi lagi...apatah lagi perut yang semakin lapar sedikit sebanyak mendorong kepada rasa mengantuk yang tidak terhingga rasanya..saya sempat tidur beberapa minit sementara menanti nombor bertuah saya di sebut..malangnya, semua itu hanya khayalan..huhu...kami berganjak tanpa lengah menuju ke sebuah pasaraya besar Sunshine untuk melegakan rasa lapar di perut...masing-masing makan dengan lahap dan berselera...walaupun keletihan, kami semua agak gembira kerana ini merupakan pernyertaan kali pertama selepas berada di Pulau Pinang hampir 9 tahun (Jun 1999)....masih saya ingat..pada tahun 2000, kami (saya, Jew, Brandon, Donny dan Johnny) pernah melakukan larian 100m di stadium USM pada waktu subuh selepas kembali dari bersukaria di malam hari..bayangkan berlari 100m dengan memakai seluar jeans, kasut kulit "boot" dan minda yang masi di kuasi alkohol....atau pada waktu dan hari sebegini, kami masih girang gembira "aramaitee" bertemankan karaoke dan minuman beralkohol...Courtesy from Jew
Selesai menjamah makan tengah hari..kami terus sahaja kembali ke rumah masing-masing untuk mandi dan sekali lagi keluar menuju ke komplek membeli belah terbesar di bahagian utara Malaysia, Queensbay untuk menonton wayang berjudul "Bolt"...atau lebih tepat lagi saya terjemahkan sebagai "si anjing bengong" berdasarkan kisah cerita wayang tersebut..hahaha....Queensbay hanya terletak tidak lebih dari 4 Km dari rumah saya dan kami kembali bertemu di perkarangan masuk ke panggung wayang dan kaunter tiket pada 3:40 pm..sungguh tidak di sangka, kami telah terlepas waktu siaran wayang "Bolt" pada pukul 3:35 pm..melihat pilihan wayang yang ada (Cicakman 2, Antu Fighter, Doraemon The Movie, The Day The Earth Stood Still - penuh dan Los Dan Foun)..kami terpaksa akur untuk menonton wayang "Bolt" pada pukul 7:35 pm pula....kami berpecah mencari arah masing-masing sepanjang beberapa jam sebelum bertemu kembali di perkarangan panggung...bayangkan kaki yang telah letih berjalan 10 Km...kami terpaksa meneruskan perjuangan...keluar masuk beberapa buah kedai menjadi aktiviti utama...mereka yang lain pula menghabiskan masa membaca secara percuma di kedai buku "Borders"...saya pula melepak beberapa ketika di dalam pusat permainan hiburan melihat beberapa orang remaja yang hebat menunjukkan bakat mereka dalam permainan "Initial D 3 Arcade"...saya kemudian menghabiskan beberapa wang ringgit bermain timbak-timbak "Time Cop 3" dan kembali melepak menonton remaja-remaja hebat bermain "Initial D 3 Arcade" sebelum berganjak ke perkarangan panggung seperti yang di janjikan....Courtesy from Jew
Wayang"bolt"...agak menarik dan agak lucu...sesuai untuk mereka yang ada "anjing bengong"..haha....tamat menonton wayang, masing-masing meneruskan perjuangan mencari hala tuju ke rumah masing-masing untuk berehat...saya agak bernasib baik kerana saya akan bercuti pada keesokan harinya berbanding mereka yang lain...namun begitu, sengal-sengal di kaki semakin terasa..mungkin kerana usia atau kurang bersenam? pastinya kerana otot yang kurang bersenam....hehe..Courtesy from Jew
Maaf kerana tidak dapat berkongsi gambar-gambar menarik sepanjang acara berjalan kaki kerana saya tidak membawa sebarang perkakasan yang membolehkan saya bertindak sedemikian (tidak bawa HP atau dompet masa bejalan)...saya akan cuba untuk mendapatkan gambar-gambar menarik daripada mereka yang membawa kamera....
18 comments:
Rokok adalah bantuan pernafasan ka? haha..bulih tahan jg perjuangan kamu kemarin. apa pun syabas la inspekto sahab kerana berjaya menyempurnakan aktiviti berjalan kaki itu.
msh buli lg p tgk wyg kn selepas berjalan 10km...ada ketulan sprti 300 sda ka? haha
tahniah encik wel dan kawan2 kerana memberi sokongan kepada kebajikan dan berjaya menghabiskan 10km k...kalau tmbh lg sigup sebelum berjalan kemungkinan lebih berjaya kali kn..haha
Mell...hehe...begitu la tu mell...bantuan pernafasan dan melegakan pernafasan..haha...terima kasi la...bejaya jg sya kan..walau indada nasib inda manang hadiah betuah..hehe..
Claire..haha...sia pun inda tau mcm mana kuat semangat kami mau p bejalan kaki mau p tinguk wayang la..haha...sanggup tunggu 3 jam lucky draw yg tidak menang jg..haha.
ada jg cubaan mau mengambil sigup sebagai bahan perangsang performance ba tu claire..tp sia2 kalu menang kana disqualified..haha..sebab menghisap rokok semasa berjalan kaki..haha...
Uiii..punya siok kamu bejalan!! sihat lagi begitu..!
Si finella nda kasi habis bejalan kah???? Mana dia?? hahahaa
mama...ko kenal jg si finella ka..haha..semua habis ba..semua kami berjaya...hehe...
siok kan..lama suda inda buat kegiatan sihat..
tough kaki kau wel.....berketul2....hahaha.
Sweetie.haha...beketul2 ka..hahaha..sempat lg ko tinguk tu o kan..lucu jg ko ni..org tinguk lain ko tinguk lain..hehe...
hahahha...best ni kalau mau cuci mata bawa si sweetie...hihihhih
sia macam kanal si finella..heheee!!!
syabas wel..hehehe...Bahasa Melayumu sungguh bagus..hehehe...
haha... its ur 1st in fully BM laa wel.. hehe not bad.. ;) lol haha.. cute.. i mean those pictures.. urs r not dat bad too.. lol but geez.. ur a prep! hahaha!!.. jk jk .. nice one wel.. ;) ur shoutbox tiabuli buka ni.. :P so gd morning.. ;)
:2: <--- paam2 jak laa pa ni.. lol
sungguh mengkagumkan! syabas atas penggunaan bahasa melayu yang amat lancar sekali muahahahaha (sa tengah ketawa brabis ni hahaha)
Beck..wahaha..prep again?wahaha..thankiu..anugerah tuhan jg tu..hehe...this is the 2nd time ba beck....hehe..mimang susah o mau explain benda dalam BM kan...haha..terhad ni perkataan dia..haha..:2:?wahaha...sia tau tu..hehe...kad rahsia buka seluar ka tu..hehe..
Jerry...hehe...inda la ba lancar tp buli buli la....sia baca pun mcm inda pecaya sja ni tau...begini teruk pula BM sia kalu menulis..hehe...mengejek ko ah jerry..
Seronok nyaa.....:D
Emily..suda pasti best ba milai..hehe..next year byk lagi acara kami ni..hehe
Mesh..haha..bukan bagus ba tu mesh...tp sebab sama2 pun inda terer BM jg sama2 la kita punya tahap bgs ni.hehe...
Mama..hehe..ko mcm kenal tau mimang kenal..hehe..
Post a Comment